Thursday 18 August 2011

Wanita Oh Wanita


Assalamualaikum semua. Petang ni, saya berbesar hati nak kongsi tentang WANITA. Wanita ibarat tulang rusuk yang bengkok, betulkah? Saya pernah dengar yang wanita ni dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki. Apapun, ni ada sebuah cerita tentang WANITA. Layan lah ya.

Wanita Ibarat Tulang Rusuk Yang Bengkok

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
Sebagai tambahan, ni ada sedikit info tentang peranan wanita ketika :

Tamadun romawi = wanita sebagai pelepas nafsu
Tamadun greek= barang perhiasan yg boleh dijual beli
Parsi= dihina dan akan diasingkan semasa haid (najis)

Ni pula dalil yang memberitahu kita tentang dosa membunuh anak perempuan. Surah Takwir (ayat 7-8) Carilah erk. hihi



"seindah hiasan adalah wanita solehah"
+

Monday 15 August 2011

"illusion optical" WOW

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kali ni saya nak kongsi sedikit mengenai illusion optical. Jadi selepas search kat makcik Google, saya agak tertarik dengan illusion optical ni. Saya tengok sampai nak juling da mata ni. Jadi saya pun nak buat mata korang semua juling juga. haha. Inilah kiuasa Allah yang menciptakan otak manusia berfikir dan mata untuk melihat. Subhanallah. Enjoy erk. Jangan sampai juling la pla.










Juling ka tak juling. Hihi. Jumpa lagi.

Saturday 13 August 2011

Warna & Personaliti Anda


assalamualaikum dan selamat berpuasa hari yang ke13. alhamdulillah. hari ini saya nak kongsikan tentang warna dan personaliti diri. benar atau tidak saya pun kurang pasti. tapi sedikit sebanyak ada benarnya juga. yang penting ini adalah untuk hiburan dan tiada jaminan sahih. nilai diri kita, hanya Allah yang tahu. smile!!!
  • Red (23 Desember - 1 Januari dan 25 Jun - 4 Julai)
    Peribadi yang menyenangkan dan mudah menyayangi,
     fresh, riang, namun mudah sekali moody. Mudah bergaul, baik hati, lembut, boleh menerima dan mencintai pasangan apa adanya. Karakter yang mudah diajak bicara dan membuat kita merasa selesa disisinya.
  • Orange (2 Januari - 11 Januari dan 5 Julai - 14 Julai)
    Peribadi yang bertanggung jawab terhadap diri sendiri, tahu bagaimana memperlakukan orang lain, memiliki tujuan dan bekerja keras untuk meraihnya, bahkan tak segan bersaing untuk meraih tujuannya. Sahabat dan teman adalah sesuatu yang sangat penting baginya, menghargai apa yang dia miliki meskipun cenderung bereaksi berlebihan dengan rasa sensitifnya.
  • Yellow (12 Januari - 24 Januari dan 15 Julai - 25 Julai)
    Peribadi yang manis , dipercaya banyak orang serta memiliki jiwa kepemimpinan dalam sebuah hubungan. Mampu membuat keputusan dan menentukan pilihan yang tepat di waktu yang tepat. Selalu mengimpikan hubungan yang romantis.
  • Blue (1 Februari - 8 Februari dan 1 Mei - 14 Mei dan 5 Ogos - 13 Ogos)
    mementingkan diri sendiri dan sangat pemilih. Peribadi yang artistik, imaginatif dan mudah jatuh cinta, namun sering membiarkan cintanya berlalu dengan mencintai rasionya bukan mengandalkan hati dan rasanya dalam berhubungan.
  • Pink (25 Januari - 3 Februari dan 26 Julai – 4 Ogos)
    Selalu mencuba yang terbaik bagi dirinya, ringan tangan, peduli dengan orang lain, namun tak mudah merasa puas. Orang yang terlahir dengan warna pink ini cenderung memiliki peribadi negatif dan selalu berangan-angan memiliki cinta romantis seperti dalam dongeng.
  • Green (9 Februari - 18 Februari dan 14 Ogos - 23 Ogos)
    Mudah adaptasi dan bergaul dengan orang baru. Bukan peribadi yang pemalu, namun terkadang ucapannya boleh melukai hati orang lain. Suka sekali diperhatikan dan disayang kekasihnya, meskipun banyak individu yang terpesona dengan aura warna hijau ini, tapi individu ini tetap memilih untuk single dan menunggu orang yang tepat.
  • Brown (19 Februari - 28 Februari dan 24 Ogos - 2 September)
    Aktif dan sportif, sukar didekati namun mudah jatuh cinta. Mudah menyerah saat menemukan kesulitan.
  • Aqua (1 Mac - 10 Mac dan 3 September - 12 September)
    Perasaannya mudah berubah, penyendiri dan suka
     travelling. Jujur namun mudah percaya dan mendengarkan orang lain. Sulit menemukan cintanya dan mudah tersesat dalam liku percintaan, bahkan kadang merasa sakit dengan cintanya.
  • Lime (11 Mac - 20 Mac dan 13 September - 22 September)
    Tenang tapi mudah stress, pencemburu namun dan mudah mengeluh bahkan dengan hal remeh. Tidak mudah terpaku dengan satu hal, memiliki keperibadian yang boleh diandalkan dan dipercaya setiap orang.
  • Black (21 Mac)
    Seorang yang berani, namun cenderung tak suka perubahan dalam hidup. Teguh pendirian, saat membuat keputusan tak akan merubahnya untuk waktu yang lama. Kehidupan cintanya penuh tentangan dan berbeza.
  • Purple (22 Mac - 31 Mac dan 24 September - 3 Oktober)
    Misterius, peduli dengan orang lain, dan mudah tertarik dengan sesuatu. Hari-harimu boleh menyedihkan dan menyenangkan bergantung dengan suasana hatimu. memiliki peribadi yang popular di antara teman-temannya, namun mudah bertindak bodoh dan mudah sekali lupa.
  • Navy (1 April - 10 April dan 4 Oktober - 13 Oktober)
    Menarik dan begitu mencintai hidup. Memiliki perasaan yang kuat pada sesuatu. Mudah sekali goyah dan sulit memaafkan jika marah pada seseorang.
  • White (21 April - 30 April dan 24 Oktober - 11 November dan 23 September)
    Hangat dan ceria. Mudah bergaul dan beradaptasi dengan teman-teman dan keluarga. Tak suka kekerasan dan tahu apa yang benar, baik hati, periang dan tak suka iri hati pada orang lain.
  • Silver (11 April - 20 April dan 14 Oktober - 23 Oktober)
    Imaginatif dan menyenangkan. Suka mencuba hal-hal baru, suka mencabar diri sendiri dan cepat belajar akan sesuatu. Peribadi yang mudah diajak bicara dan penuh dengan nasihat-nasihat baik. Dalam hubungan persahabatan, tak mudah percaya pada seseorang, namun saat menemukan seseorang yang tepat dalam hidupnya ia akan mempercayai mereka selamanya.
  • Gold (15 Mei - 24 Mei dan 12 November - 21 November)
    Tahu yang benar dan salah. Ceria, menyenangkan, ramah. Sulit menemukan seseorang sesuai dengan keinginannya, namun saat menemukan orang yang tepat, ia tak akan boleh jatuh cinta lagi dalam waktu yang lama.
  • Cream (25 Mei - 3 Jun dan 22 November - 1 Desember)
    Suka bersaing dan sportif. Tidak suka kehilangan dan selalu ceria. Mudah percaya, ramah dan peribadi yang menyenangkan. Cenderung berhati-hati dengan cinta, tak mudah jatuh cinta, namun tak akan melepaskan kekasihnya jika telah menemukan orang yang tepat.
  • Grey (4 Jun - 13 Jun dan 24 Jun dan 2 Desember - 11 Desember)
    Menarik dan aktif. Tak pernah menyembuyikan perasaannya dan selalu mengutarakan apa yang ada dalam hatinya, namun terkadang keluar sisi egois-nya. Selalu ingin diperhatikan dan tak suka diperlakukan tak adil. Boleh membuat orang lain bahagia, tahu apa yang diucapkan pada masa yang tepat, dan humor.
  • Maroon (14 Jun - 23 Jun dan 12 Desember - 21 Desember)
    Cerdas dan tahu apa yang benar. Suka bertindak dengan caranya sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain , bahkan terkadang tindakannya menimbulkan masalah.  Sangat sabar saat cinta datang menjemputnya, sekali menemukan orang yang tepat, sulit sekali menemukan cinta yang lain.
  • Teal (22 Desember)
    Sangat memanjakan dan memperhatikan penampilan, memiliki selera tinggi dalam menilai suatu hubungan cinta. Penuh dengan idea-idea cemerlang dan jarang sekali salah dalam membuat keputusan. Cenderung suka menjadi tempat bergantung dan mudah bergaul dengan orang baru

Thursday 11 August 2011

~Do Anything Give Everything~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam perkenalan dan salam Ramadhan yang begitu mulia. Untuk pertama kalinya, saya sebagai empunya blog ini ingin mengalukan-alukan teman-taman blog untuk membantu saya mempertingkatkan mutu blog ini. Do Anything Give Everything dipilih kerana sebuah filem tempatan yang amat menarik perhatian saya iaitu Merong Mahawangsa. Selain itu, saya juga mempunyai sebab tersendiri kerana memilih ayat tersebut. Harapan saya, semoga kita semua menggunakan medium sebegini untuk kebaikan kita bersama dalam berkongsi pendapat, ilmu, pengalaman dan lain-lain. Sekian ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Assalamualaikum.